LARANGAN BERKHALWAT- JANGAN HAMPIRI ZINA !!!
LARANGAN BERDUA-DUAAN (KHALWAT) ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRAM (HALAL DINIKAHI)
Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina. Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud:
Jauhilah
kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi
Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki
berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi
mereka berdua.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjaga diri agar tidak terjebak kepada tipu daya syaitan yang sentiasa membisikkan kepada diri manusia dengan pelbagai keseronokan dan tindakan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Jalan
menuju syurga Allah dihampari dengan perkara-perkara yang tidak disukai
oleh hati manakala jalan menuju neraka Allah dihampari dengan
perkara-perkara yang disukai oleh nafsu syahwat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar